April 15, 2011

Musim Pantang.

Kenapa aku cakap musim pantang? musim pantang dimana setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak tidak kira c-ser atau normal akan melalui musim pantang dimana ada keseronokan dan jugak kedukaan ditambah dengan emotional terlebeh, terkurang dan badan yang letih.

Disini aku ingat ber"share" musim pantang aku buat pertama kali aku lalui.

Makanan dan Minuman.
Makanan yang kering, jenis tepung dan air suam panas + kopi. Mari lihat menu harian aku
Sarapan : Roti Canai kosong, atau kueh kacang, atau kueh apam.
Tengahari : Nasi putih ikan talam, atau ikan haruan kering, sayur sawi dan lobak putih atau salmon baked bersama hirisan halia, kunyit hidup dan serbuk lada hitam
Malam : Nasi putih ikan talam, atau ikan haruan kering sayur sawi, dan lobak putih.
Hidangan diupgradekan kepada ayam goreng selepas melepasi 2 minggu pantang.

Aktiviti Harian
Bertungku : Tungku aku merupakan batu sungai tapi berbentuk panjang. Setiap pagi korie akan bakar tungku di dapur lepas itu balut dengan dedaun yang aku pun tak tau nama ape lepas itu tungkulah aku dengan perasaan malas. Aku ngaku aku malas benar bertungku maybe aku disarankan bertungku 2 kali sehari dan kena tunggu sampai tungku sejuk. Sob~ sob~

Mandian
Air mandian yang berserta dedaun yang terdiri pelbagai jenis. Serious ini best gile~. Di kampung siang siang bute sangatlah sejuk dapat plak mandi air panas berperisa dedaun amatlah best. Segar badan. Selain itu boleh menyembuhkan jahitan episotomi.

Mengurut
Urut bagi memasang balik wire wire yang terputus atau longgar. Aku diurut waktu pagi pagi bute setelah mandi air dedaun. Tok ngurut aku memang best, urut amatlah teliti bermula dari kepala sampai hujung kaki, depan , belakang, kanan dan kiri. Urut semua sampailah urutan breast. Memula malu pun ada sebab pegang pegang breast macam sexual harassment muahaha. Lepas sesi mengurut, sesi memakai bekung diperut bersertakan kapur, kunyit limau purut. Seksa berbekung weh. Sob~ sob~

Nak habiskan 44 habis berpantang memang sesuatu penantian yang terasa amat panjang. Setiap hari aku memujuk diri sendiri, puasa boleh pantang mesti boleh. Mana tidaknya, air sirap dihidang depan mata bila cuaca panas terik!

2 comments:

azu said...

masa pantang mmg paling xbest..leh nangis ja tgk nasi kering xdak kuah!tp dpt mkn durian.he..Azu follow ye.tq!
http://azumie.blogspot.com/

Momoe said...

Wah.Sempat lagi makan doyan!. Boleh ke makan Doyan. Takut la risau kalau pepehal ngan baby sebab breastfeeding