June 7, 2012

Jumping June

Sekejap je dah masuk bulan June, middle of the year remind me of mid year sale! wohaa... tapi this year tak dapatlah untuk berjoli sakan, berfoya foya sakan kesana sini. Duit ada bende untuk distandby kan. Dan itu ialah priority masa depan dan kehadapan lagi.

Mudah sunggoh orang bercakap. Contoh: Kau taknak pergi jalan-jalan ke? of coz la nak, siapa taknak tapi kau nak sponsorkan ke? Ahakz. Tapi ada yang lebih penting untuk dibuat. Saving anak harus kena masukkan setiap bulan, saving sendiri untuk keperluan tertentu yang lebih daripada jalan-jalan. Bukanye tak pernah pergi, dah pernah pergi jadi terasa tak perlulah nak kecoh kecoh nak ikut sama, lagipun Asyraf tak cukup umur 2 tahun, kalau nak aku pangku die sampai berjam-jam. Tak dapatler nak pangku die, even drive pun aku suruh die dok car seat dia. Sepertimana aku cakap, aku akan usaha dapatkan rezeki lebih untuk memenuhi keinginan.

Sepertimana dengan persoalan rumah. Taknak beli area tu ke? taknak beli serviced apartment ke? taknak beli rumah tuer k? Bila tanya harga berapa? rata-rata ialah 400-500k. Apsal tak suggest harga yang 600k-700k. Yang monthly installment ye dah cecah 3k permonth. Kalau nak tau, sekiranya monthly installment dah 1.2k gaji bersih kau kena ada at least, AT LEAST 3.6k permonth bermaksud 1/3 dari gaji ialah untuk installment rumah. Alah, kan laki bini kerja, memang laki bini kerja, persoalannya, korie dah ada rumah, loan kereta, kalau pakai CC pun di kira sekali dalam budget. Contoh Total income ber2 - Hutang (bank loan) = Baki, dan nilai baki bahagi plak 2. So you do the math. Alah, epf kan boleh buat keluar, yerp EPF memang boleh buat keluar, yang boleh buat keluar aku sahaja, korie tak dapat dah since die dah beli rumah. Yang paling senang beli rumah ialah orang goverment tu je, api aku takdelah sampai gaduh laki bini dengar sangat cakap orang. Lagi satu rumah area KL bukannye murah, tapi mahal mahal belaka. Kalau nak murah haa, senawang, bandar saujana puchong (yang aku survey jauh ke KLIA), pengsan aku nak ulang-alik.

Pepehal pun, biarlah aku laki bini tau apa yang tersirat dalam hidup kitaorang. Tak perlu terikut-ikut sangat kata-kata orang. Yang nak cop dohet ialah kite, bukan dieorg.

No comments: