June 11, 2012

Tak kenal maka tak salam.

Ha...bukan tak kenal maka tak cinta, tajuk itu memang betul sesangat; Tak kenal maka tak salam. Aku observed atau aku perasan kebanyakkan trend tak kenal maka tak salam berlaku didalam situasi Kenduri kendara, Open house hari raya.

Kenduri kendara, boleh satu meja pasangan masing-masing bertegur sapa, tapi bila part pasangan perempuan senyum senyum tetiba angkat kaki cabut, takde plak salam perkenalan. Situasi yang lain jugak berlaku, walaupun aku kenal kau ialah isteri kepada kawan aku, tapi aku tak kenal rapat jadi aku skip salam dengan kau. Gila pelik aku, aku takdelah minta laga pipi 3, 4 kali pun tapi hanyalah salam. Salam itukan dapat mengeratkan hubungan, mana tau jadi kawan ke? berlainan dengan situasi kenduri kendara di kampung, masuk je rumah kenduri kalu ada makcik-makcik atau nenek-nenek atau rakan sebaya tak kenal tapi muhrim semua salam. Kalau ada 20 haaa, jenuh 20 kita salam. Dari situlah mungkin kita dapat kenalan baru, mengenali antara satu sama lain bukan nak suruh jadi bff. Tak rugi pun.

Situasi ketika di rumah terbuka hari raya. Walaupun kita hanyalah berkawan tidak rapat, tidak mengenali orang tua masing masing secara detail.Tapi salam itu tandanya hormat. Sanggupkah melihat anak anak kita yang kawan kawannya datang beraya ketika mengadakan open house pulang tanpa bersalam(beraya) dengan kita. Rasa macam tak hormat pun ada kan? Jadi begitu jugak dengan kita, pergi rumah orang, kenyang perut dek dijamu dengan pelbagai masakan raya. Tapi bila part nak balik hanya salam kawan kite je, yang lain tak perlu? Terasa macam tak berapa sesuai pun ada, sekurang-kurangnya kita dapat bersalam dengan orang tua mereka, tak rugi pun salam tanda berterima kasih atas jemputan.

Jadi marilah amalkan bersalam. Sekian dari ustazah yang sememangnye tak berapa ustazah pun! Ahakz

No comments: