April 23, 2013

Nama.

Membaca blog kak senduk pasal tentang nama anak membuat aku gelak terbahak bahak seorang diri, mana taknya hakak tu kutuk baik punya pasal nama nama baby yang sedang hot sekarang yang ala ala mat salleh dan terbelit lidah payah benor nak menyebutnya, lebih lebih lagi bila membaca talkin nanti nama punyalah panjang dan payah untuk disebut.


Ops pandai plak nak mengata nama anak orang, nama anak sendiri tak sedar panjang la jugak. Oklah, cerita pasal nama baby, bila bakal mak pak dah tau jantina maka berpusu-pusu rujukan untuk meletak nama baby. Banyak jugak caterianye, ada yang suka ala ala mat salleh, ada yang suka 3 suku atau 2 suku perkataan, ada yang suka letak muhammad dihadapan dahulu dan macam macamlah.

Bagaimana aku ngan korie memilih nama anak? Aku pun agak cerewet jugak. Nama anak aku haruslah bermula dengan huruf A dahulu. Rata-rata orang akan ckp nanti peperiksaan kena duduk depan, apa apa pun dihadapan. Takpe nak, aku dan korie yang nak begitu dengan harapan kami dan doa kami ialah anak sentiasa dihadapan dan didahulukan, untuk suku kata kedua tak kisah asalkan maksud yang baik baik sahaja.

Anak sulung; Asyraf Iskandar. Asyraf yang bermaksud lebih mulia, lebih luhur dan Iskandar bermaksud seorang Raja. Disebabkan ini anak sulung, aku merasakan sesuai dengan nama ini kerana doa aku sebagai seorang ibu inginkan anak sulung menjadi tonggak, contoh, mempunyai keperibadian yang mulia dan boleh membimbing adik adiknya, menyayangi adik adiknya InsyaAllah.

Selepas kelahiran Asyraf Iskandar, boleh dikatakan rezeki amat murah dari segi kewangan, kerjaya, rumah, dan business (yang sedang dalam process merangkak) Syukur, ditambah pulak aku disahkan mengandung buat kali ke 2,

Anak No 2; Amani Izara. Amani yang bermaksud cita-cita, keinginan dan kesejahteraan. Amani Izara diberi untuk anak kedua, sempena Allah memberi jalan pertunjuk atau menurunkan rezeki kepada kami sekeluarga dan sedikit sebanyak memenuhi cita cita dan keinginan kami.

Begitulah tersirat dan tersurat nama anak anak aku dan korie.


No comments: