May 4, 2013

Suara mother of 2.

Tak sangka umur 29 dah ada anak 2, tengok orang lain masih berenjoy enjoy, lepak memalam, jenjalan keluar malam, tengok wayang tanpa gangguan, makan tanpa gangguan. Tapi aku dah masuh fasa mak-mak yang kejar anak sana-sini, handle hal anak-anak. But dunt worry nanti dah berumur anak dah besar tak perlu lelah sangat nak kejar anak. Bukan mengeluh ye tuan tuan, puan puan, hakak hakak, abang abang.

Sekarang kedua-dua anak tengah tidur, amik kesempatan update blog dengan kelajuan typing yang seboleh mungkin.Phew. Pagi tadi bawak Amani pergi sunat, sungguh tak sangka charges hanya 25.00 di klinik sekitar Ampang. Betul ke harga begitu, ntah terasa amat murah la plak. Tetiba yang sulung down with fever, tumbuh gigi. Elok je pagi cergas kemas rumah, cergas di klinik. Bila tiba di kedai makan, merenggek sakit tertidur di badan ayah dia. Letih sakit sungguh, kesian tengok laju laju buat bubur takut nanti dia kebulur bila fever dah hilang.

Bila anak dah 2, kerja rumah dan handle anak anak mesti cergas, kalau boleh yang mana sempat buat terus, kerja apa apa jangan tangguh tangguh bila tangguh nanti ditambah dengan letih, tetiba anak meragam baru tau kelam kabut.

3 bulan bergaji buta. 1 bulan pertama MC, 2 bulan maternity leave. Baru kelmarin masuk kerja, terasa malas pun ada, mengeliat sentiasa. Minggu lepas balik kampung, tapi malas aku nak update pasal cerita balik kampung sebab di dalam rumah nie ada orang dah rajin dengan tetiba update blog. Dah siap complete cerita balik kampung dan cerita percutian ala redah kasi pecah. Sila la terjah (wahh promote nampak), siapa lagi nak promote kalau bukan isteri sendiri betul dak?

Nyaring sungguh bunyi anak, ahahah. Rumah sebelah buat renovation, tertidur mereka pun sedikit sebanyak terganggu. Jumpa di lain hari, pergh budget artis la ye ada orang nak jumpe. Wink.


No comments: