December 13, 2017

Anak sekolah cina tapi bagaimana tentang didikan agama ?

Anak sekolah cina tapi bagaimana tentang didikan agama ?

Saya mendapat pendidikan dari sekolah cina. Sekiranya sewaktu saya dahulu tahun 90an sudah ada Ustazah yang dijemput ke sekolah cina untuk mengajar subjek Pendidikan Islam. Tapi sekarang rata rata kebanyakan sekolah cina sudah mempunyai Ustaz atau Ustazah yand sedia ada di sekolah tersebut.

Persediaan saya : -

1. Mengaji seawal 5 tahun. 
Saya menghantar anak saya mengaji IQRA seawal 5 tahun, bagi saya tidak terlalu awal sebab 5 tahun itu kebanyak kanak kanak tadika dan masa lapang lain diisi dengan bermain. Luangkan masa 30 minit untuk ajar mengaji. Ini bagus kerana anak tidak akan Culture Shock bila didedahkan dengan
Iqra, Bahasa Mandarin, Bahasa, Math dan sebagainya.

2. Kenali ustaz atau ustazah yang mengajar anak anda disekolah cina. 
Built Relationship dengan ustaz dan ustazah.

Matapelajaran Pendidikan Islam & Pelajaran Jawi mmg wujud disekolah Jenis kebangsaan Cina.

2 Mata pelajaran ini memang wujud di sekolah Jenis Kebangsaa Cina. Jadi parents tidak perlu kuatir tentang pelajaran pendidikan Islam. Akan tetapi, parents juga tidak boleh mengambil tidak entah tentang matapelajaran ini.

Kedua-dua subject ini dalam bahasa Jawi. itu sebab didikan sewaktu tadika atau didikan awal patut dibuat sebelum anak anak masuk Tahun 1.

Pendek kata matapelajaran Pendidikan Islam & Pelajaran Jawi yang sedia ada di Sekolah Kebangsaan turut ada di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Boleh tak hantar anak anak ke sekolah agama? 

Boleh. Tiada masalah. Asalkan boleh balance jadual belajar dan jadual bermain mereka.

No comments: