December 13, 2017

Persedian Anak sebelum masuk sekolah cina.

Nak masukkan anak ke sekolah cina bukan semudah ABC.

Tidak ye, parents kena membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Parents, bukan budak ye, kerana parents yang corakan atau tunjuk jalan ke budak. Jangan memperjudikan masa depann anak anak sekiranya anak anak tidak berminat dengan Bahasa.

Parents pun jangan memaksa anak anak untuk memenuhi cita cita parents yang hendakkan anak masuk sekolah cina.

Masuk sekolah cina memerlukan persediaan seawal anak 5 tahun, selewat anak 6 tahun.

Semasa darjah 1. Anak anak harus tahu
1. Mengira
2. Membaca ( Bahasa, English & Mandarin)
3. Menulis.

Stress? tidak sama sekali, Buat lah persediaan awal InsyaAllah boleh.

1. Tadika
Carilah tadika yang penuh dengan aktiviti, bukan setakat pelajaran, malah dari segi aktiviti luar. Dan melihat pergaulan persekitaran. Ini membantu anak anak untuk bertutur dalam bahasa cina, dan persediaan untuk persekitaran baru.

Sekiranya taknak membebankan, parents boleh mulakan dengan pendedahkan Bahasa melayu, English & mengira dahulu.

Selepas itu baru bahasa Mandarin.

2. Jaga Pemakanan
Parents kena rajin memasak untuk bekal ke sekolah, paling tidak pun parents kena ada jadual pemakanan mereka untuk membawa bekal ke sekolah. Beri perhatian kepada mereka sekiranya meraka ckp " Tadi kat sekolah ada nugget". Cubalah memenuhi kehendak mereka dari segi pemakanan. Ini dapat mengelak mereka dr terjebak membeli makanan di sekolah yang kita sedia maklum tahap "Was-Was".

3. Sediakan bahan bacaan yang cukup. 
1. Kamus bergambar.
2. Buku latihan untuk anak, latihan yang kerap bagus untuk daya ingatan anak. Dan jangan lupa, masa main tetap ada, jangan menidakkan zaman kanak kanak meraka dengan membebankan meraka dengan membuat latihan. Main tetap main, baru mereka focus bila belajar.

4. Kenal Pasti anak anda.
1. Kenal Pasti anak adakah mereka sudah menguasai bahasa Mandarin ketidak. Sekiranya anak anda tidak dapat menguasai bahasa Mandarin, jangan paksa diri anak anda.

5. Join Support Group.
1. Parents yang tidak mempunyai background sekolah cina, dan mempunyai anak sekolah cina disarakankan mencari support group untuk bertukar pendapat. bertukar idea, meminta bantu. BUKAN berlumba lumba anak siapa yang bagus. Support group ini bagus untuk parents agar mereka boleh lead anak meraka tanpa mengharapkan 100% bimbingan guru.





No comments: