December 15, 2008

Rona Roni Makaroni Drama Siri - 1

Masih ingat kah cerita SinDarEla ? Jalan cerita SinDarEla yang agak menarik, tapi ending die aku tak berapa minat skit, macam kelam kabut je ending die. Tahniah kepada krew krew SinDarEla yang berhempas pulas untuk menjayakan cerita itu, tak dilupa pelakon pelakon seperti, S.Amani. Bront Palarae, Isma Yusoff, Khairiah, Sharmila dan pelakon lain lain, tak lupe makcik mary dan anak lelaki.

Tapi kali nie bukan aku nak cerita pasal SinDarEla, tapi cerita yang baru di terbitkan oled RadiusOne - Rona Roni Makaroni. Aku sudah menonton 3 episode and drama nie amat menarik hati dengan barisan pelakonnya yand terdiri daripada pelakon pelakon dari SinDarEla.
Poster ini didesign oleh : Isma

1. Sharifah Amani : Rona
- Berasal dari utara, bercakap dalam loghat utara,

2. Bront Palarae : Roni
- Anak Datuk, abang kepada Jess, Pemilik Restaurant GiaMakaRoni

3. Wan Sharmila : Jess
- Adik kepada Roni, Aku suke watak die dalam cerita ini.

4. Isma Yusoof : Ben
- Seorang yang control macho, rokok tak henti, cool, i like !

5. Dira Abu Zahar : Gia
- Ist time aku tgk dia berlakon, maybe dah ada drama lain ke apa, tapi confirm nama dia akan naik selepas cerita ini.

Setakat ini, aku masih menunggu kemunculan makcik mary dan anak laki die.


Sinopsis :

Drama ini mengisahkan tentang kisah cinta tiga segi di antara Roni (Bront), Rona (Amani) dan Gia (Dira Abu Zahar). Rona, gadis kampung yang naif tiba-tiba menerima kejutan besar dalam hidupnya bila dia mendapat tahu dia sebenarnya mempunyai bapa kandung yang tidak pernah ditemui sepanjang hidupnya. Bandar yang tidak pernah dijejaki sebelum ini telah menemukannya dengan seorang jejaka bernama Roni yang sombong dan mempunyai sebuah restoran masakan Perancis yang hampir muflis. Disebabkan desakan hidup di bandar, Rona akhirnya bekerja di restoran itu meskipun dia sebenarnya tidak tahu memasak. Namun begitu, ada dua sebab yang mendorongnya untuk terus teruja untuk bekerja di restoran GiaMacaRoni iaitu keinginannya untuk merasai 'macaroni and cheese' yang tidak pernah dirasai seumur hidupnya dan juga kerana dia mula jatuh hati dengan majikannya sendiri. Masalahnya cuma satu, Roni adalah milik seorang pelakon terkenal bernama Gia Raihana Rahim
-Sinopis : Credit to mstar.com.my

Waktu Siaran :
Astro RIA - Khamis : 9:00PM - 10:00PM

2 comments:

susudalambotol said...

tapikan awak, kita tgk armani mcm over sikit la dlm cerita ni. kita cuma suka lagunya je :)

Momoe said...

SDM : Over dalam loghat utara ke? Lagu dia sesuai dengan hidd yang tengah tunggu "Hari Besar" , Akan Tiba dr Alif kan?