February 2, 2009

When it come to Second.....

Semalam 1, hari ini 2. Cepat cepat. Cepat tak?.

Hari nie last day aku off. Besok masuk keje, confirm malas hingge tak tak kire. Tak cukup jari tangan kaki sume nak kire tahap kemalasan aku. Masa tula nak surf bende lain, terasa nak buat sume bende yang patut dibuat masa time cuti. Tak patut tak patut. Dah 3 hari dah aku bangun melebihi kol 10 pagi.

Besok kena gune system lama semula. System mase zaman U, bunyi alarm yang kuat tak hingat dunia, sampai ke hostel laki leh dengaq. Bunyi alarm yang gedik, set ringtone yang pelbagai jenis lagu dari mendayu dayu macam lagu khai hingga hingar bingar macam lagu linkin park sebagai alarm. Tidak lupe, beyonceh la, makanikal romance la. Tapi paling tak tahan, bunyi alarm semula jadi dari hostel laki yang boleh dikatakan serak serak basah lalu menjerit "Oit...bgn, dah kol 8 pagi" yang berada di tingkat 17 keatas. Dalam hati "Eleh kol 8 pagi pn nak kecoh". Dengan tetiba plak ade sore lantang ala ala mariah karey dan keline dion dari tingkat 20 melantung vokal "Diam ar." Boleh dikatakan setiap hari isnin pertandingan sesi melantun sore leh kedengaran, oleh itu kalo zamn U isnin aku akan bgn awal, padahal takde kuliah tu. Tensi tensi.

Besok aku akan mula berkeje, mule naik train, mule naik shuttle, mula muka masam, mula pikir nak balik awal sbb mood keje masa dalam holiday, mula sesi melawat JJ, carrefour, The Gardens, cold storage, atau outlet outlet yang aku leh hafal sumenye lepas membaham di food court atau makan place yang macam tempat pesta merokok, dan paling penting kenalah mula dengan harapan, sinar, impian, angan-angan, cita-cita baru untuk memperbaiki diri sendiri. Jom sama sama kte munasabah.

Oklah. Aku nak bersiap diri, tak mandi, tak makan, tak gosok gigi lagi nieh. Sat lagi aku nk wat cupcake.

1 comment:

SundaeCone said...

hahahahha...lawak dowh.student laki mmg lawak tahap gaban.

kalo aku jadi mu mmg aku bls servis blk..join dorg same menjerit.hahah...=))