December 13, 2009

Nikah diterima - 1 "Upacara Akad Nikah"

Bermulanya di Kijal Kemaman, Terengganu. Upacara Majlis Akad Nikah dilangsung di Masjid Beris Meraga Kijal, dihadiri saudara keluarga yang terdekat.

Pagi 20 November 2009

8:00AM
Mak andam bersama suaminya sampai di rumah. Air banjir di buku lali, dibuat mini titi dari tanah tinggi ke tangga rumah, supaya tidak harung air yang tak surut lagi. Kelihatan matahari menyinar dan memanaskan bumbung zink rumah. Syukur tidak hujan.

Manakala di apartment Silverlake sponsor, keluarganya sudah bersiap sedia.
9:30AM
Semua orang di rumah kelam kabut start enjin kereta menuju ke Masjid Beris Meraga. Kelihatan keluarga lelaki sudah sampai.


9:56AM
Tok Kadi dalam khariah, Ustaz Uzhir Mohamad sampai, maka bermula upacara majlis akad nikah.

"Di sini, saya ingin menyatakan bahawa tugas saya bukan untuk menyoal perkara perkara lain, bukan untuk menambahkan berat dibahu pengantin dengan soalan, tugas saya ialah menguruskan akad nikah. Seperti mana dalam Rukun Nikah yang menyatakan 5 perkara
1. Wali

2. 2 orang Saksi
3. Pengantin Lelaki
4. Pengantin Perempuan

5. Iqab dan Qabul.

Bismillahirahmanirahim, aku nikahkan dikau dengan Mohaiza Binti Mohamad dengan mas khawin dua poloh dua ringgit setengah"

"Aku terima nikah Mohaiza Binti Mohamad dengan mas khawin dua poloh dua ringgit setengah"

"Sah?" "Sah"

"Sah?" "Sah"

"Alhamudillilah" Dengan sekali lafaz.
Upacara memberi mas kahwin berserta seutas rantai berloket bentuk love dan sepasang subang berbentuk love. (Gambar rantai dan subang takde, tunggu gambar dr azri)
Gelang dan cincin pemberian semasa bertunang.

10:15Am
Sesi menikmati jamuan ringan di Masjid serta sesi bergambar.

Tunggu next day ada sambungan lagi

Nanti aku upload gambar dr OP, lambat sikit sbb ada outdoor shoot yang tak habis lagi.

5 comments:

aJLeaa said...

cunnyeeee die.... i likeee

Anonymous said...

nak tanya..bayaran tuk upah qadi brape time tu? sebelah lelaki yg kasi or pompuan?

Anonymous said...

nak tanye upah tok qadi kt kijal brape?

Anonymous said...

brape upah qadi time tu?

Momoe said...

Saya pun tak ingat berapa upah ye. Blah laki bayar, tak silap 30-50 begitu.