December 17, 2010

Songeh ketika makan.

Setiap orang mempunyai citarasa atau selera yang mengikut kehendak tekak memasing, dan tak salah kalau seseorang itu mempunyai kesongehan yang tersendiri.

Tapi, tak perlulah terlalu SONGEH. Aku tak suka betol!

List bagi aku yang perangai SONGEH melampau.

1. Food Court yang takde gred kesihatan.
Food court yang takde gred kesihatan, seperti food court di pasar borong, pasar besar, pasar basah atau etc kebanyakkan memang takde gred kesihatan dari jabatan kesihatan. Keadaan sekeliling mungkin kurang memuaskan dari segi keberbersihan. Terpulang pada diri sendiri nak makan atau tidak di food court tersebut. Ini tidak, dah la complaint kotor, tapi tiap tiap hari ko hadap gak food court tuer. Benggong, pastu tanya "You beli kat stall tu tak kotor ke? i tengok macam kotor"..apsal stall yang u beli tu bersih sangat ke? dah nama food court dalam pasar.

2. Menu dan description (huraian)
Tak semua restaurant ada buku/kertas menu yang ada decription ingredient. Tapi yang mana restaurant provide decription of the menu SILA LA BACA. Ini tidak datang je menu ordered complaint sana sini. "Ini je?, nasi dan kuah kari ayam, sayur takde apa takde".Hello girl, masa ko nak order ko tak reti nak baca ke description menu food tuer, pastu complaint restaurant tak ok la apa la. Nak balik masak sendiri la. Pastu claim apsal orang lain nampak sedap je, dah ko tak reti nak order kot!

3. Menu lagi.
Sama macam point no 2. Dah la complaint "kesikitan lauk makanan", complaint pulak pasal ingredient. Boleh pulak tanya "this is beef or chicken?". Sunggoh la benggong, lagi sekali tak baca ke decription dalam menu. Then tetiba keluar statement "Sorry i ingat chicken, i tak boleh makan beef". Kalau aku taukey kedai, aku suruh je bayar ordered food tuer,bukan waiter yang salah customer tak reti membaca.

4. Restaurant
Tidak semua restaurant yang mahal confirm sedap makananya. Yang aku hairan apsal la keep on promote restaurant yang memang takdela sedap sangat sampai terangkat buntot, portion sikit, mahal dan pilihan menu tidak banyak, this and this not available. Hello, please la expose urself dengan restaurant lain . Ada jugak food court yang offer sedap dari restaurant.

No comments: