February 23, 2011

Giving Birth # 1 - Lahirnya Baby Boy

Nak dijadikan cite, aku bersalin secara normal (Itu pun puas pujuk hati yang aku boleh normal, eceli aku penakut, sila gelak) bersama suntikan Epidural dan alhamdulliah tanpa vacuum dan forceps. Baby selamat dilahirkan oleh aku pada pukul 12:50 pagi di Hospital Pantai Ampang bersamaan berat baby 3kg tepat dan 53cm panjang setelah 9 kali kena seluk V part dan 15 kali pushing (itu pun kepala baby keluar masuk buat seketika) dan jugak sedikit Episiotomi.


Aku masuk wad bersalin pukul 12:00 tengahari walaupun bukaan hanya 2cm, alasan sebab takde orang bersalin waktu itu. Gila awal kan. Sempat tidur, lunch, bertepuk mesra ngan korie explore bilik bersalin. Juju datang melawat pun terkejut beruk dibuatnya sbb awal gila aku berkampung kat wad bersalin.

Pukul 6 petang, masih 2cm. Gila tensi! Oleh kerana bukaan aku lambat sangat, tapi maseh ada tenaga kehulur kehilir. Maka bidan menyarankan aku naik ke wad kasi rilex minda, exercise jalan -jalan supaya bukaan lebih laju. Kalau aku baring je, aku mengeran kesakitan, kalau dapat berjalan aku hanya alami sakit pinggang yang amat sakit. Serious sakit rasa macam nak putus je pinggang waktu itu.

Di wad bersalin, aku jalan kesana-kesini, buat latihan nafas, menonton tv, dan sempat jugak merasa homemade sandwich dari korie yang teramat lazat, nikmat buat tenaga bersalin nanti. Disebabkan aku dapat lapangkan minda bukaan aku cepat gila sudah 4.5cm dalam masa 45 minit. Waktu itu sakit pinggang gila terasa, bidan menyaran ambil je Epidural sebab setiap kali kena seluk aku rasa nak je teranjang muka doktor itu, dalam gila seluk alasan rahim aku jauh kedalam.

pukul 9:00 malam aku ditolak ke wad bersalin, dalam hati aku taknak Epidural, nak gak merasa sakit bersalin normal. Tapi itu hanya angan-angan, selepas ambil ubat bius-cucuk-di-bontot, aku masih mengeran sakit pinggang, doktor tak dapat nak VE, akhirnya aku ambil keputusan cucuk Epidural.

Cucuk sudah Epidural.
Amat selesa, doktor nak VE pun aku rilex je. Time nak bersalin, aku bergantung pada nurse. Nurse suruh aku push, aku push. Walaupun Edipural sudah diambil, kesakitan contraction ada jugak terasa. Korie yang mulanya risau masuk bilik bersalin sekali, tetiba macam eksited terlebeh, berusaha memberi semangat sambil menahan sakit ditampar pipi oleh aku. Heee.

12:50 Lahirnya baby boy dinamakan Asyraf Iskandar.
Tergesa gesa korie amik kamera tangkap baby boy yang fresh-from-mummy. Yang mummynya mamai gila, ditambah peluh sakan dan perut lapar gila setelah berhempas pulas pushing.

3 comments:

Kiera Ismail said...

berapa total cost kat pantai hospital?

Momoe said...

saya kena 2.8k , 2k ialah package yang dioffer 3 hari 2 malam. 8 ratus tu Epidural dan tax charges.

Anonymous said...

duduk single bedded ke?