July 1, 2011

Title yang terunggul.

Ahad lepas, genap 6 bulan aku dan korie memegang title mama dan ayah.

6 bulan hidup bertiga, tidur bertiga, makan bertiga, shopping bertiga, tengok tv bertiga, mandi berdua ops! kena sensor. Kebanyakkan masa ialah bertiga.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah kami menjadi mama dan ayah.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah kami mula bertolak ansur. Ketidak dua-dua keras kepala.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah hidup kami tidur tak senang, makan tak lalu bila minggu lepas tetiba jatuh demam panas yang mendadak.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah sit belakang kereta penuh dengan barang-barang kamu.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah mama pump susu setiap hari sehingga sekarang demi kebaikan kamu.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah gambar mama diwallpaper handphone ayah bertukar menjadi gambar kamu.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah ayah selalu ingatkan mama jangan makan pedas kot Asyraf berak kerap.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah ayah setiap malam memastikan bilik tiada nyamuk.

Disebabkan Asyraf Iskandar lah ayah marah mama kalau mama tidak letak kelambu ketika kamu tidur.

Banyak sungguh perubahan hidup kami berdua setelah kamu lahir, tidak terkira!.

1 comment:

Ulam Kerdas said...

hahaha..semua kerana anak!

anak kene gigit nyamuk 1 pun mama kene marah jugak!